JCM Official Logo

JCM Official Logo

Wednesday, 18 May 2016

PEKEBUN DAN POKOK BUAH

Kisah dari Dusun.... Pekebun dan Pokok Buah
Ada seorang pekebun yang begitu komited menjaga pokok buah-buahan di dusunnya. Setiap hari beliau turun ke dusun untuk memotong rumput lalang dan membajai pokok buah-buahan tersebut. Oleh kerana beliau begitu prihatin, pokok buah yang sudah matang pula sentiasa menghasilkan buah yang enak dan berkualiti. Hal ini sangat menyenangkan hati pekebun tersebut.

Pada suatu hari, angin kuat disertai hujan lebat melanda perkampungan pekebun tersebut sehingga mengakibatkan sebahagian pokok buah di dusun pekebun itu tumbang.

Pekebun merasa susah hati tatkala melihat kerosakan hebat yang berlaku di dusunnya. Pokok buah yang asalnya tumbuh subur mulai mati. Daun-daun yang suatu masa menghijau mulai layu dan kering.  Namun, oleh kerana sifat komitmen dan tidak mudah berputus asa, pekebun tersebut terus merawat pokok buah yang tumbang dengan memastikan akarnya menyentuh tanah dan menanam semula pokok buah yang telah mati.

Selang beberapa waktu, pekebun tersebut melihat pokok buah yang tumbang itu mulai menumbuhkan cabang baru. Daun yang telah layu dan kering diganti pulai daun yang lebih hijau, muda dan segar. Bagitu pula pokok yang ditanam semula mulai bertumbuh dan mengeluarkan tunas baru. Pemandangan ini sangat menyenangkan hati si pekebun....


*****
Sama seperti pekebun yang prihatin ini, begitulah halnya dengan Tuhan, selalu menjaga dan tidak pernah berputus asa memberikan kekuatan serta menumbuhkan semangat baru dalam diri kita. Tuhan selalu memastikan akar Iman kita tetap berpaut dan merambat hati Tuhan agar kita tetap semangat menjalani hidup dan tidak mati Iman. Maka, janganlah takut dan putus harapan apabila kita berhadapan dengan cabaran dan pergumulan berat..kerana Tuhan ADA, sentiasa KOMITED, dan SIAP menolong kita...Tuhan selalu mahu kita berada dalam pemeliharaannya agar kita sentiasa bertumbuh di dalam Dia.


MAZMUR 23:1-6:
 TUHAN  adalah gembalaku , takkan kekurangan aku  23:2 Ia membaringkan aku  di padang yang berumput hijau, Ia membimbing aku ke air  yang tenang; 23:3  Ia menyegarkan jiwaku.  Ia menuntun  aku di jalan yang benar   oleh karena nama-Nya.  23:4 Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman,   aku tidak takut bahaya,   sebab Engkau besertaku   gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku. 23:5 Engkau menyediakan hidangan   bagiku, di hadapan lawanku; Engkau mengurapi kepalaku dengan minyak;   pialaku  penuh melimpah. 23:6 Kebajikan dan kemurahan   belaka  akan mengikuti aku, seumur hidupku; dan aku akan diam dalam rumah TUHAN sepanjang masa. (http://alkitab.sabda.org/passage)


Tuhan Memberkati!
JCM 2016